TERMA & SYARAT
- Travelaswiss
- Apr 30, 2019
- 4 min read
Updated: Jun 11, 2019
Anda dinasihatkan untuk membaca dan fahami terma & syarat dengan teliti sebelum anda menyertai kami. Travelaswiss memastikan anda mampu ke Switzerland dengan kos yang sangat murah dan jimat dalam masa yang sama kami akan cuba menjadikan kembara anda sebuah kembara yang terindah dan teristimewa setanding level antarabangsa.
Oleh kerana harga yang terlalu murah kami berharap anda tidaklah terlalu demain seperti aktres Bollywood yang membayar puluhan ribu ringgit berjalan atas karpet merah sambil dikipas-kipas. Kami akan cuba sedaya upaya memberi bantuan dari segala segi servis perkhidmatan yang berkualiti dan layanan teristimewa yang kami termampu dengan kudrat kami sepanjang bersama anda. Kerjasama dari anda sepanjang kembara amatlah dititik beratkan untuk memastikan segala program dapat berjalan dengan baik.
Sebaik sahaja anda membayar deposit bermakna anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak Travelaswiss dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua syarat-syarat dan terma yang dimaklumkan. Kami hanya menerima deposit atau sebarang bayaran setelah kedua-dua belah pihak bersemuka dan menandatangani surat hitam putih sebagai bukti rujukan bersama.
BACKPACKER SERVICE LUXURY CONCEPT
Seperti sedia maklum Travelaswiss bukanlah agensi pelancongan, tapi kami merupakan kumpulan luxury family travel yang akan bersama-sama dengan anda mengembara Switzerland dengan berkonsepkan LUXURY. Dengan cara ini sahaja kita mampu ke Switzerland dengan harga yang murah dan jimat tetapi mendapat servis, perkhidmatan, maklumat dan layanan yang memuaskan seolah-olah kita pergi melalui travel agensi yang mewah. Pihak Travelaswiss telah banyak membantu untuk mendapatkan maklumat dan servis supaya setiap ahli dapat ke Swiss dengan jimat dan murah. Oleh itu kerjasama dari pihak anda amatlah dihargai supaya tidak memberi sebarang kemudharatan kepada pihak yang berkaitan.
PENGESAHAN MAKLUMAT SERTA BUTIRAN YANG BETUL
Anda di kehendaki menyemak maklumat yang ditempah sebelum membuat bayaran deposit. Seperti harga pakej, pengesahan tarikh penerbangan pergi dan balik yang perlu ditempah, waktu berlepas dan lain-lain maklumat yang berkenaan.
Anda dianggap telah bersetuju dengan maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko dan kos tambahan pada pakej sekiranya anda gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan di dalam butiran anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit surat pengesahan dikeluarkan.
KETETAPAN BUTIRAN ATAU MAKLUMAT PERIBADI SEMASA PENEMPAHAN
Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda beri kepada Travelaswiss adalah maklumat yang akan digunapakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang anda langgani. Anda dikendaki menyemak semua butiran/maklumat peribadi sendiri sebelum membuat bayaran deposit.
Sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat yang diberi adalah dianggap benar dan muktamad. Pihak Travelaswiss tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan pada pemberian maklumat yang diberi.
GROP WHATSAPP
Setelah anda membuat bayaran dan menandatangani surat yang berkaitan anda akan dimasukkan kedalam grop whatsapp mengikut kumpulan masing-masing. Sebarang pertanyaan atau info berkaitan boleh sahaja diajukan didalam grop whatsapp. Grop ini ditubuhkan bagi memudahkan kita berbincang dan memudahkan ketua untuk memberi sebarang maklumat atau arahan. Grop whatsapp akan dibubarkan sebaik sahaja semua telah selamat sampai ke Malaysia. Sekiranya anda berminat untuk terus berada didalam grop, sila beritahu kepada admin grop supaya memasukkan anda kedalam grop kekal.
TIKET PENERBANGAN
Kesemua pakej Travelaswiss adalah tidak termasuk tiket penerbangan. Semua tempahan tiket penerbangan hendaklah diberitahu awal kepada pihak Travelaswiss sebelum anda menempah penerbangan kerana berkemungkinan terdapat perubahan pada tarikh yang ditetapkan. Tiket hendaklah dibeli selepas mendapat persetujuan dari semua ahli grop termasuk pihak Travelaswiss. Anda boleh berbincang didalam grop whatsapp yang disediakan untuk mendapat tarikh penerbangan yang dipersetujui bersama. Tidak dibenarkan sama sekali menempah penerbangan yang berlainan dalam satu grop kembara, Ini akan menyebabkan berlakunya perbezaan waktu ketibaan.
Jika berlaku sebarang perubahan pada jadual penerbangan, pihak Travelaswiss tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dari tempahan hotel, penerbangan tiket domestik atau lain-lain kos yang di buat oleh peserta sendiri.
Pihak Travelaswiss juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi, yang timbul akibat pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah mekanikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk didalam penerbangan, kehilangan/kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.
PENGINAPAN
Penginapan pilihan kita adalah apartment atau villa sebuah supaya peserta dapat merasakan sendiri suasana dalam rumah orang Eropah. Penyusunan bilik adalah mengikut kesesuaian kembara dari 2 - 4 orang sebilik.
Pihak kami akan berusaha untuk memastikan setiap pasangan suami isteri dan keluarga mendapat bilik bersama. Jika berlaku perpisahan antara pasangan suami isteri dan keluarga atas sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak kami akan memaklumkan terlebih dahulu.
PEMBAYARAN
Travelaswiss hanya menerima pembayaran melalui secara Tunai atau Online banking sahaja setelah kedua pihak bersetuju dengan terma dan syarat yang telah dinyatakan. Pihak Travelaswiss tidak bertanggungjawab jika anda tidak dapat menyertai pakej yang anda tempah kerana penuh akibat kelewatan di dalam proses pembayaran.
PERUBAHAN MATAWANG
Sila pastikan anda mendapat harga yang telah dipersetujui di dalam resit anda. Setiap bayaran dan harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan matawang Malaysia. Jika terdapat sebarang kenaikkan matawang melebihi 10% dari kadar asal ketika pakej ini keluarkan, kemungkinan akan ada tambahan pada harga asal.
BAYARAN DAN TEMPAHAN DEPOSIT
Oleh kerana Travelaswiss menawarkan harga yang sangat murah, kami perlu menempah segalanya dengan lebih awal sebelum harga melambung tinggi. Jadi pengesahan penyertaan dan deposit penuh perlu di buat segera.
Jumlah deposit penuh adalah 40% dari harga pakej.
80 hari sebelum tarikh penerbangan bayaran 80% perlu di buat.
20% lagi anda boleh bayar di Swiss dalam bentuk matawang CHF sekiranya anda tidak mempunyai wang tunjuk yang mencukupi.
Pembayaran boleh di buat terus secara tunai atau Online banking ke akaun IKHWANA GLOBAL MARKETING MAYBANK : 562526513151
PEMBATALAN
Dukacita dimaklumkan, sebarang pembatalan dari pihak peserta oleh bayaran yang dibuat tidak dapat dipulangkan kerana untuk memastikan kami mendapat harga yang murah tempahan awal akan dibuat bagi setiap peserta. Sekiranya pembatalan dari pihak Travelaswiss akibat faktor luar (bencana alam, pengeboman dan sebagainya) pihak kami akan memulangkan deposit yang masih belum dibelanjakan mengikut terma dan syarat(tempahan penginapan, transport dan sebagainya). Kami menerima sebarang penukaran yang tidak menggunakan tempahan diatas nama peribadi sekiranya anda mempunyai rakan atau kenalan yang ingin menggantikan tempat anda diatas pembatalan anda. Penukaran perlualah atas kerjasama dan budi bicara ketiga-tiga pihak.
INSURAN PERJALANAN
Semua pakej kami tidak termasuk dengan insuran perjalanan. Anda boleh memohon sendiri insurans perjalanan melalui online dalam lingkungan harga RM60-RM100.
FOTOGRAFI DAN VIDEO
Setiap gambar dan video yang diambil sepanjang perjalanan berkemungkinan diguna pakai sebagai bahan promosi kami. Jadi sekiranya anda tidak mahu berkongsi gambar anda sila menyembunyikan diri ketika sesi berphoto sedang dijalankan.
Comments