top of page
Search

ITINERARY PERJALANAN (9 hari 7 malam)

  • Writer: Travelaswiss
    Travelaswiss
  • Apr 29, 2019
  • 5 min read

Updated: May 3, 2019

Jadual perjalanan ini adalah rujukan utama. Jadual perjalanan sebenar kemungkinan akan berubah untuk setiap trip mengikut perbincangan dan kesesuaian ahli kembara, keadaan cuaca, musim (musim sejuk/musim luruh/musim bunga) dan situasi semasa untuk memastikan setiap peserta beroleh pengalaman terbaik dan paling teristimewa.


Yang paling seronok kita mampu mengubah setiap jadual mengikut cadangan ahli setelah mesyuarat dipersetujui mengikut bajet yang kita ada kerana kami bukan agensi pelancongan, tapi kami akan bersama-sama melakukan kembara ini dengan anda. Kita akan rasa yang kembara ini adalah kita bersama bukan berharap pada jadual semata dan pergi tempat yang sama. Sebab kita akan jelajah satu Swiss yang tempatnya jarang orang pergi!


Hari Pertama

Kuala Lumpur, KLIA - Zurich, Switzerland

Saat yang paling menyedihkan kerana terpaksa tinggalkan bumi Malaysiaku & juga saat paling menyoronokkan apabila dapat jejak ke bumi Apls.. We Love MySwiss..


  • Penerbangan mengikut pilihan grop masing-masing sama ada menuju ke Zurich atau Geneva dari Kuala Lumpur.

  • Peserta tidak dibenarkan sama sekali mengambil penerbangan yang berasingan kerana akan menyebabkan ketidaksamaa waktu ketibaan di Swiss.

  • Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 18 - 24 jam termasuk masa transit dan akan tiba pada hari ke dua.


Hari Kedua

Zurich Old Town – Tasik Walensee

Tasik Walensee menjadi pilihan penginapan utama kita. Sebuah Villa yang betul-betul berhalamankan Tasik Walensee dan banjaran Alps pasti buat kita terpukau sepanjang tinggal disana.

  • Pertemuan pertama di Airport kita sajikan dengan cebisan manisan mulut coklat Swiss supaya menjadi memori manis dari awal dan akhir pertemuan.

  • Setibanya kita akan berjalan santai ke Old Town dan menikmati bandaraya Zurich.

  • Seterusnya kita ke tempat penginapan yang pasti akan memukau jiwa dan raga. Rasa macam tak berjalan pun tak apa kalau tinggal di Walensee ni.

  • Sesi taaruf sambil rehat & santai sebelum memulakan aktiviti adventure esok.

Hari Ketiga

Mt. Titlis - Lucern

Kita akan dikhayalkan dipermukaan tinggi Alps 3,238 m dari aras laut yang memutih sepanjang tahun diselimuti salju..


  • Berpagian di kaki gunung engelberg dengan suasana rumah kayu lama dicelahan gunung.

  • Terus menawan puncak Titlis dengan gondola Pertama didunia yang berputar 360' darjah supaya pengunjung dapat menikmati pemandangan dari semua sudut.

  • Disini kita berpeluang melakukan pelbagai aktiviti antaranya Cliff Walk- antara jambatan gantung tertinggi di Eropah, menikmati keindahan tasik Oberland dari atas puncak, ROTAIR 360’- gondola berputar pertama didunia, Glacier Cave- sebuah gua ais kristal, Tobbagon- meluncur diatas permuakan salji, Ice Flyer- buaian gantung dipuncak Apls dan pelbagai lagi aktiviti musim sejuk menarik yang boleh kita lakukan.

  • Setelah puas bermain salji kita akan bersiar santai di panorama bandar Lucern.


Hari Keempat

Lucern – Interlarken – Lauterbrunnen ( Cruise & Train view Trip)

Rasa tak sempurna ke Switzerland kalau tak merasa sendiri keretapi yang melalui lereng-lereng bukit dan tepi-tepi tasik. Pengalaman selama 2 jam menaiki keretapi dari Luzern ke OST Interlarken seolah-olah sekelip mata memandang dek kerana keindahan alam semula jadi. Pasti ada yang menangis tak nak turun keretapi.

Interlarken & Lauterbrunnen dua bandar kecil yang tersergam indah dengan rumah-rumah dari kayu pine dan bukit hijau dicurahi air terjun dari puncak Alps pasti mengiau-ngiau sepanjang perjalanan anda. Disini juga kita boleh cari buah tangan untuk yang teristimewa.

Hari Kelima

Mt. Pilatus – Mt.Rigi – Tasik Brienz – Tasik Thun

Hari berikutnya kita akan menjelajahi dua lagi puncak Apls yang sangat cantek dan terkenal di Switzerland tapi jarang sekali orang Malaysia pergi.


  • Dipuncak gunung ni menjadi kebiasaan warga Swiss dan pelancong Eropah berpicnic santai sambil menikmati hot coffee yang berlatarkan awan gebu dipagi hari.. So, disini juga kita akan berpicnic mcm tu.. Bestkan???


  • Seterusnya ke Tasik Brienz dan Tasik Thun yang seolah-olah sebuah tasik terbelah dua bewarna biru emerald yang berkilau-kilau dengan dendangan bunyi burung-burung berkicauan. Sumpah rasa terawang-awang macam puteri kayangan..

Hari Keenam

Gruyere – Farm Fresh Milk - Lausanne Old Town

Gruyere cheese merupakan kilang cheese tertua di Switzwerland. Jarang sekali orang malaysia ke sini sedangkan disini kita dapat rasa dan lihat sendiri pembikinan keju sebenar yang dimiliki oleh pengasas keju profesional dan berpengalaman yang telah dibina beratus tahun dahulu.

  • Setelah tu kita akan masuk ke Istana Gruyere. Apa sejarahnya ya?? Nak tahu nanti kita cerita dekat sana ya.. Lepas tu jom tengok lembu & kambing sambil menikmati susu fresh di ladang!!!

  • Meneruskan perjuangan ke Lausanne merupakan sebuah bandar kuno moden 3 tingkat yang unik jarang dikunjungi orang kita tetapi mempunyai daya tarikan tersendiri. Ada beberapa kawasan rahsia disini yang kita akan dedahkan nanti.

Hari Ketujuh

Kandersteg – Blausee – Oeschinensee - Bchalpsee

Sebuah perkampungan sangat cantik tersergam indah tetapi jarang dilawati, Banyak tasik disekitar sini yang sangat popular menjadi pilihan photographer dari seluruh dunia yang kita juga akan jelajahi bersama photographer kita..


  • Melihat ikan Trout yang gemuk-gemuk didalam tasik biru kristal yang bersinar-sinar. Terdapat beberapa tasik dengan pemandangan yang sangat unik selalu menjadi tumpuan photographer untuk penggambaran disini

  • Rasa tak puas seharian berjalan disini. Kita akan santai berpicnic sambil lunch ditepi tasik biru.. auchhhhhh..

Hari Kelapan

Bern – Chocolate Trip - BBQ

Kita menerokai bandar kuno tercantik di Swiss iaitu Bern, ibu negara Switzerland yang wajib disinggah. Orang Malaysia cakap terasa seperti di zaman P.Ramli pulak bila berada di kota kuno Bern ni. Trip santai dikota kuno Bern dan meneruskan lawatan ke kilang coklat dan borong coklat untuk bawak balik Malaysia. Jenama Cailler sangat jarang didengari oleh rakyat Malaysia tetapi menjadi pilihan coklat No.1 rakyat Switzerland kerana rasa yang sedap, berlemak-lemak meleleh sampai keliang roma. Korang kena cuba dan rasa sendiri.

Semestinya malam terakhir kita akan tutupi dengan malam yang terindah dan termanis dalam hidup kita sepanjang di Swiss. Malam muhasabah santai ditepian Tasik Walensee sambil berBBQ dengan sos blackpepper resepi dari 5 Top chef Malaysia Roslan Abu pasti akan mengimbau seribu tahun kenangan yang tak dapat dilupakan. Rasa nak nangis pulak!

Hari Kesembilan

Zurich/Geneve - Kuala Lumpur

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Saat yang semua tidak menginginkan tapi niat kita bertemu dan berpisah kerana Allah mudah-mudahan pertemuan ini beroleh barakah dan manfaat dunia dan akhirat.


  • InsyaAllah setiap detik kenangan bersama akan kami abadikan dalam bentuk photo dan kongsikan kepada peserta setelah tamat kembara.

  • Semoga semua selamat pulang ketanah air dengan membawa seribu kenangan indah yang tak dapat ungkapkan dengan kata-kata.

LAWATAN TAMBAHAN

Disebabkan trip kita berbentuk CUSTOM MADE yang mana kita boleh memilih atau mengubah mana-mana tentatif supaya besesuaian dengan keadaan dan kemampuan, jadi disini juga kami berikan sedikit info lawatan tambahan atau back up plan sekiranya cuaca buruk yang tak mengizinkan atau sebagainya.

Zermat – Matterhorn

Berjalan di rumah kayu klassik Swiss yang sudah berusia ratusan tahun di Zermatt.


  • Di Zermatt kita akan mengambil masa sekitar 3-4 jam untuk meneroka kampung kecil Swiss ini. Jangan terkejut jika tiada kenderaan di sini, kerana di dalam kampung ini tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri.

  • Di sini juga terletak gunung Matterhorn, gunung yang ada di dalam coklat Toblerone tu.

Liechtenstein – Vaduz

Sebuah negara ke-empat terkecil didunia. Negara ini diapit

oleh negara Switzerland dan Austria. Negara ini disebut-sebut sebagai negara impian bagi Eropah.


  • Keindahan alamnya yang menakjubkan, kesejahteraan dan kemakmuran penduduknya yang elegan namun tetap masih berbau nilai tradisionalnya.

  • Selain itu banyak sekali hal-hal unik yang terdapat di negara seperti Pengekspot gigi palsu dunia, tidak mempunyai hutang dengan negara lain dan rakyat yang tiada menganggur. Sebuah negara kecil yang banyak lagi perkara unik.


*Pastikan anda baca dan fahami terma & syarat dengan teliti sebelum anda menyertai kami. Travelaswiss memastikan anda mampu ke Switzerland dengan kos yang sangat termurah dan jimat dalam masa yang sama kami akan cuba menjadikan kembara anda sebuah kembara yang terindah dan teristimewa setanding dengan antarabangsa bahkan lebih.


Oleh kerana harga yang terlalu murah kami berharap anda tidaklah terlalu demain seperti anak Agong membayar puluhan ribu ringgit untuk travel agensi mewah. Kami akan cuba sedaya upaya memberi bantuan dari segala segi servis perkhidmatan yang berkualiti dan layanan teristimewa yang kami termampu dengan kudrat kami sepanjang bersama anda. Kerjasama dari anda sepanjang kembara amatlah dititik beratkan untuk memastikan segala program dapat berjalan dengan baik.



 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

+60338312846 Whatsapp+60194481072

TTDI GROVE 2, JALAN TTDI 7/1 Kajang Malaysia 47000

  • Facebook
  • Facebook

©2019 by Travelaswiss.

bottom of page