HARGA & INFO LANJUT
- Travelaswiss
- Apr 30, 2019
- 3 min read
Updated: May 3, 2019
WINTER TRIP
RM 3999
29 OCT - 5 NOV
7 NOV - 14 NOV
16 NOV - 23 NOV
26 NOV - 3 DIS
13 DIS - 20 DIS
SUMMER TRIP
RM4499
30 SEPT - 7 OCT
9 OCT - 16 OCT
18 OCT - 25 OCT
HARGA TERMASUK
- Penginapan 8 hari 7 malam
- Cas pelancong asing
- Kenderaan sewa
- Minyak dan tol
- Airport transfer
- Cable car, keretapi & cruise
- Semua akses tiket dan lokasi berbayar yang dinyatakan
- Makan & minum 5 kali sehari
- Kelas basic Bahasa Perancis
- Kelas masakkan sos blackpepper 5 star
- Kelas basic FBads
HARGA TIDAK TERMASUK
- Tiket penerbangan (harga tiket sekitar RM20** - RM24**)
- Insurans
- Perbelanjaan peribadi
- Makan direstoran sekiranya ada
- Lokasi berbayar yang tidak dinyatakan
PENGANKUTAN

Kita akan menggunakan kenderaan jenis mpv yang luas dan boleh memuatkan antara 7-9 orang dalam masa beserta muatan beg.
Kenderaan 4 seat sedan juga akan digunakan mengikut kesuaian dan keselesaan tetamu.
Kenderaan awam yang akan dinaiki seperti gondola (cable car), keretapi, cruise dan seumpamanya yang dinyatakan juga termasuk dalam harga pakej.
Dengan menggunakan kenderaan sewa kita mampu singgah berhenti dimana-mana kawasan yang cantek untuk bergambar disepanjang perjalanan.
PENGINAPAN

Penginapan kita memilih apartment atau villa yang terletak ditepi tasik atau diatas banjaran alps. Sebab apa kita tidak memilih hotel kerana kita nak rasakan sendiri bagaimana kehidupan elegan tapi simple mewah rakyat Swiss didalam rumah klasik unik dari kayu pine atau seangkatannya yang berlandskapkan tasik dan gunung Alps bersalju. Pasti menjanjikan pemandangan indah sepanjang kembara kita.
Dihangatkan malam-malam sejuk kita dengan fireplace diruangan tamu luas, serta dapur yang boleh kita lakukan aktiviti memasak serta halaman rumah untuk santai candlelight dinner pasti lebih menyoronokkan.
Cuma kita perlu berkongsi tandas sebab tidak semua rumah mempunyai tandas dibilik dan perlu ingat juga yang hotel di Swiss pon ada yang begitu malah tandas bercermin je dalam bilik kecil, pening nak mandi. Ada juga yang berkongsi tandas dengan orang luar, harga pon mahal mak oiii tapi view pon tak ade. Sebab tu la kami tak pilih hotel.
MAKAN & MINUM

5 kali hidangan setiap hari
Sebelum sarapan, pemulaan hari kita akan dihidangkan dengan icebreak fisrt dari jus atau susu serta sedikit potongan buah atau biskut supaya segar untuk kita mulakan pagi kita dengan solat subuh.
Seterusnya breakfast lebih berbentuk hidangan western dari roti-roti, croissant gebu lemak manis-manis masin, sayuran, cereal oat granola, susu, jus, telur scramble dan seumpamanya.
Makan tengahari semestinya nasi yang tak dapat dipisahkan dari perut orang Malaysia. Menu seperti ayam masak halia, masak merah, blackpepper, dan pelbagai menu-menu dari hotel 5 star kami bawakkan pada anda. Kebanyakkan makan tengahari akan berlaku diluar kawasan terpilih yang mana kita akan santai berpicnic ditepi tasik, gunung atau taman-taman sambil menikmati hidangan enak.

Coffee Time dibelah petang juga bersantai dimana tepi jalan yang mempunyai view yang unik lagi menyamankan.
Semestinya dimalam hari tiada aktiviti yang dapat dilakukan di Swiss oleh kerana kebanyakkan kawasan tutup sekitar jam 5-7 petang. Candlelight Dinner dirumah berhalamankan tasik walensee menjadi aktiviti kita sepanjang malam. Makan malam lebih kepada italian menu atau chinese food seperti spagheti oglio olio, carbonara, claypot dan sebagainya. Malam penutup juga kita akan adakan malam BBQ dan muhasabah perkongsian sepanjang perjalanan.
Para tetamu juga digalakkan membawa makanan tambahan sekiranya kuat makan kerana hidangan bukan berbentuk buffet. Setiap portion dan decorate mengikut standard hidangan hotel antarabangsa. Untung sebab anda ditemani chef yang berpengalaman sepanjang trip anda. Semestinya menu-menu di hotel mewah menjadi santapan kita.
*Pastikan anda baca dan fahami terma & syarat dengan teliti sebelum anda menyertai kami. Travelaswiss memastikan anda mampu ke Switzerland dengan kos yang sangat termurah dan jimat dalam masa yang sama kami akan cuba menjadikan kembara anda sebuah kembara yang terindah dan teristimewa setanding dengan antarabangsa bahkan lebih.
Oleh kerana harga yang terlalu murah kami berharap anda tidaklah terlalu demain seperti anak Agong membayar puluhan ribu ringgit untuk travel agensi mewah. Kami akan cuba sedaya upaya memberi bantuan dari segala segi servis perkhidmatan yang berkualiti dan layanan teristimewa yang kami termampu dengan kudrat kami sepanjang bersama anda. Kerjasama dari anda sepanjang kembara amatlah dititik beratkan untuk memastikan segala program dapat berjalan dengan baik.
Comments