TERCETUS IDEA
- Travelaswiss
- Apr 28, 2019
- 1 min read
Updated: Jun 11, 2019
TRAVELASWISS, diambil dari gabungan dari dua bahasa Enggeris dan Perancis “Travel La Swiss” yang bermaksud melancong di Switzerland. Travelaswiss dibawah syarikat pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Az Ummuarbaah Holidays Sdn Bhd, No.Lesen: KPK/LN 7863 yang telah bertapak dari tahun 2014 lagi.
TRAVELASWISS diterajui oleh RADEN MOHAMMAD IKHWAN BIN RM EFFENDI HUSIN selaku Tour Leader Travelaswiss yang memiliki pengalaman tersendiri dalam travel backpackers solo mahupon berkumpulan. Beliau juga seorang kaki travel dan telah merantau lebih dari 20 buah negara antaranya Turkey, Korea, Mesir, England, Dubai, Yemen, Palestin, Indonesia, Singapura, Sri lanka, Perancis dan beberapa lagi negara Eropah Barat, Asia dan Timur Tengah. Beliau juga telah menetap di luar Malaysia hampir 10 tahun untuk menuntut ilmu dan pengetahuan khususnya dalam travel.
Berkat kesungguhan, tercetusnya idea TRAVELASWISS ketika beliau travel solo di Switzerland selama 3 bulan. Dalam tempoh tersebut, beliau telah melakukan pelbagai aktiviti menarik dan berjaya merantau hampir keseluruh permukaan tanah Swiss dengan modal yang semua mampu travel. Kegigihan beliau mencari rakan baru ketika itu, membolehkan beliau mendapatkan pelbagai info travel yang tepat. Walaupun berbeza bahasa dan agama, usaha beliau telah membuahkan hasil sehingga tercetusnya idea untuk berkongsi dan memberi peluang kepada traveler yang lain merasakan pengalaman yang sama.
Dengan tertubuhnya TRAVELASWISS yang akan mengfokuskan pada servis family travel luxury concept di Switzerland berharap dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua traveler di Malaysia mahupon dari luar negara.

Comments